Teratak Rahmat baru sudah terima daging korban untuk tahun ini dan AlhamduLillah rekod tahun lepas di pecah tahun ini dengan 10 ekor lembu di sedekahkan ke Teratak Rahmat, untuk pengetahuan tahun lepas TR dapat 6 ekor. Kami di TR tetap bersyukur walaupun di takdirkan dapat kurang ataupun banyak. Selepas dua hari Warden TR dan Anak Rahmat Senior bertungkus lumus memotong daging, Bekas-bekas pelajar SM Syed Hassan datang dan anjurkan jamuan kesyukuran untuk Anak Yatim Teratak Rahmat.
| Anak Yatim Hembusan Kasih makan bersama Anak TR |
Setiausaha Teratak Rahmat juga Yang Dipertua Al-Islah Perlis Cikgu Othman Hussin datang bagi memeriahkan lagi majlis.
Pengerusi Majlis pada hari itu adalah Dr Hazman Hassan
Sumbangan diberi untuk Teratak Rahmat dan Rumah Hembusan Kasih.
Teratak Rahmat turut beri sesuatu berupa kad untuk wakil penganjur majlis. Adik Umairah sebagai Anak TR termuda tampil kehadapan menyampaikan kad tersebut. Gambar-gambar majlis ada di bawah.
0 comments:
Post a Comment