Pada 1
Oktober 2011, 11 orang anak TR telah terpilih menyertai pertandingan silat 5
penjuru. Pengalaman mengkaji dan bertempur dengan pasukan silat Sekolah Sukan
Yala adalah satu peluang yang amat susah untuk didapati. Pasukan silat Sekolah
Sukan Yala yang dilatih oleh 2 orang warganegara Malaysia termasuk seorang
juara dunia telah membuatkan peserta tergamam dengan corak permainan seperti
pesilat profesional.
| Adik Alias bersama Adik Azhar di dewan MSN Perlis. |
Daripada
11 orang hanya 6 anak TR sahaja yang berpeluang menguji ilmu dengan pasukan
silat dari Yala dan alhamdulillah semua yang terlibat telah melepasi ujian
ketahanan badan, dimana semua anak TR, biarpun ada yang kalah di dalam
gelanggang tetapi mereka keluar tanpa mengalami kecederaan. Inilah antara
objektif ilmu seni bela diri yang amat penting.
Apa
yang lebih manis ialah adik Intan Norsaidah binti Ghazali telah membuktikan
bahawa perempuan yang cuba menjadi lelaki tidak mempunyai apa-apa kelebihan
setelah mengalahkan pesilat tersebut dengan kemenangan mutlak. Hanya takdir
Allah kemudian latihan yang padu diperlukan dalam kehidupan ini, sikap ingin
menyerupai lelaki adalah sia-sia sahaja di dunia ini dan diakhirat nanti.
Semoga Allah memberikan petunjuk kepada semua peserta pertandingan silat.
| Adik Wan Suhaimi sedang bersedia. |
Adik
Wan Suhaimi pula berada dalam dimensi yang lain apabila diminta untuk beradu
dalam perlawanan khas oleh pihak Sekolah Sukan Yala setelah adik Wan
menunjukkan semangat yang jitu dan semangat kesukanan yang tinggi dalam
perlawanan pertama, dimana lawannya adalah wakil Sekolah Sukan Yala. Dalam
perlawanan kedua dengan wakil Sekolak Sukan Yala yang kedua, sekali lagi adik
Wan menunjukkan corak permainan bersih tetapi pada kali ini dia telah
memperbetulkan tekniknya setelah tewas pada perlawanan pertama. Keputusannya,
kedua-dua pesilat dinobat sebagai pemenang dan mendapat hadiah saguhati
daripada Ketua Pasukan Silat Sekolah Sukan Yala.
Turut
mendapat jemputan untuk perlawanan khas oleh pihak Sekolah Sukan Yala ialah
adik Mohd Rizuan Somsat. Adik Rizuan sangat teruja dengan jemputan tersebut
kerana lawannya adalah rakan karib dari kampungnya di Yala. Walaupun ini adalah
perlawanan kali pertama setelah 3 tahun berlatih silat, adik Rizuan telah
memberi cabaran dengan corak permainan bersih sehingga akhir perlawanan, dia
turut diberi saguhati oleh Ketua Pasukan Sekolah Sukan Yala.
Inilah
sebahagian antara kisah menarik dalam perlawanan silat 5 penjuru yang
berlangsung di dewan Majlis Sukan Negeri. Turut bertanding ialah adik Intan
Norhakimah Ghazali, Mohd Alias Abd Rahim dan Muhd Rusydi Zulkifle. Seramai lebih kurang 40 orang pesilat daripada Pertubuhan Silat Seni Pusaka Tujuh termasuk anak Teratak Rahmat telah menyertai dan memberi sokongan kepada program ini. Namun disebabkan kategori yang dipertandingkan adalah terhad, maka hanya sebahagian pesilat sahaja yang terlibat.
Pertubuhan Silat Seni Pusaka Tujuh adalah sebuah pertubuhan silat yang telah mendapat kelulusan Majlis Fatwa sepertimana terdapat dalam Portal Rasmi Fatwa Malaysia di sesawang http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/tentang-seni-silat-pesaka-tujuh-negeri-perlis. Kelulusan ini bermakna anak-anak Teratak Rahmat telah mempelajari aliran silat yang selamat dari khurafat, tahayul dan amalan sesat.
![]() |
| Kelulusan Majlis Fatwa adalah penting agar silat yang dipelajari adalah bersih dari amalan syirik yang licik dan berkembang pesat mengikut zaman. |
Semoga semua
anak Teratak Rahmat mendapat ilmu dan kemahiran berguna untuk memantapkan ilmu
seni bela diri masing-masing, satu ilmu yang dituntut dalam al-Quran, disaran
oleh Nabi dan diamalkan oleh ulama-ulama Islam tersohor. Sekian.


0 comments:
Post a Comment