Sebagai badan kebajikan berautonomi, Teratak Rahmat bernaung di bawah Persatuan Al-Islah Perlis. Teratak Rahmat akan ditadbirkan menurut hirarki berikut:
- Penasihat I Teratak Rahmat serta Pakar Rujuk Syariah Teratak Rahmat iaitu Dato’Alim Setia Ustaz Ahmad Yusuf Amin adalah Yang Dipertua Persatuan Al-Islah
- Penasihat II Teratak Rahmat iaitu Dato’ Kaya Pahlawan Haji Abdul Rashid Jasin adalah Naib Yang Dipertua Persatuan Al-Islah
- Pengerusi Teratak Rahmat iaitu Haji Othman Hussin yang memantau perjalanan dan perkembangan Teratak Rahmat
- Setiausaha Kerja Teratak Rahmat iaitu saudara Azwar Ibrahim yang menjalan kerja-kerja sekretariat Teratak rahmat
- Jawatankuasa Kecil Pengurusan Teratak Rahmat yang dipengerusikan oleh saudara Zubir Mat Isa untuk mengurustadbir perjalanan Teratak Rahmat.
- Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pengurusan Teratak Rahmat juga menjadi Penyelia Teratak Rahmat. Jawatankuasa kecil ini dianggotai oleh Warden Tetap serta Warden Litar Teratak Rahmat
- Jawatankuasa Kecil Kewangan Dan Pelaburan Teratak Rahmat yang dipengerusikan oleh saudara Imran Mat Isa untuk mencari dana bagi menampung
- Jawatankuasa Kecil Pembinaan Asrama Teratak Rahmat yang berusaha memfokus kepada pembinaan asrama selaku projek jangka panjang, dipengerusikan oleh Haji Bostani Abdul Rahman
- Jawatankuasa Kecil Pendidikan Teratak Rahmat yang berkhidmat untuk merangka dan menjalankan program dakwah dan tarbiyyah Teratak Rahmat, dipengerusikan oleh Haji Hazman Hassan.
0 comments:
Post a Comment