
Buat permulaan, Teratak Rahmat akan beroperasi sebagai pusat jagaan iaitu projek perintis di mana maksimum 20 orang pelajar terdiri daripada anak-anak yaitm/miskin akan mula menghuni Teratak Rahmat secara harian bermula sessi persekolahan yang akan datang iaitu Januari 2009
Seterusnya dengan izin Allah dan kemudiannya sokongan padu semua, program-program berikut
dicadangkan mengisi diari Teratak Rahmat secara berperingkat-peringkat:- Kelas pengajian untuk penghuni seperti kelas Qiraat dan Tajwid al-Qur’an, kelas Bahasa Arab, kelas Harfiyyah, tuisyen subjek-subjek akademik, kelas Tai Chi, kelas Silat, kelas Teknologi Maklumat (IT), kelas bimbingan mengarang, kelas pengucapan awam, kelas hujung minggu (Ma’had Sabtu Ahad)
- Pondok pengajian warga emas
- Program berkala seperti Kursus Solat, Pengurusan Jenazah, Kursus Haji dan Umrah, Kursus Pra-Perkahwinan, Kursus Kemantapan Keluarga Islam, pengislaman saudara baru, Iftar (majlis berbuka puasa), perkhemahan, penyembelihan korban Aidil Adha
- Pembangunan laman web Teratak Rahmat
- Makmal siber dan multimedia
- Pusat sumber pembelajaran (perpustakaan) menyediakan buku agama, buku bacaan umum, buku akademik, majalah, akhbar, kaset, CD, VCD

- Sessi kaunseling menerusi pertemuan, kaunseling kelompok dan kaunseling menerusi telefon
- Dan sebagainya

0 comments:
Post a Comment