Tuesday, March 6, 2012

Pentomen Teratak Rahmat 2012

Assalamualaikum, alhamdulillah, kali ini kami dapat kongsikan video pemenang dan naib juara pentomen anak-anak Teratak Rahmat kali pertama tahun 2012. Anak-anak Rahmat memang suka dengan aktiviti lakonan, tengoklah kesungguhan mereka berlakon.

Ini adalah video naib juara pentomen teratakrahmat.

Dekat setengah jam diorang berlakon, tenang sahaja riaksi mereka. Semuanya lima kumpulan, sekarang kita tengok pula bagaimana  lakonan kumpulan yang menjadi juara kali ini.




Friday, January 6, 2012

Group Ukhwah bertemu TR kali kedua

Group Ukhwah Bergambar bersama Teratak Rahmat

Post lepas tentang K.U.K.U(Kembara Ukhwah Ke Utara) datang ke TR rasa seperti baru lagi, kerana kumpulan sama datang lagi sekali tetapi kali ini mereka datang dengan nama baru iaitu, Group Ukhwah.


Novelis Kusyi Hirdan bersalaman dengan Adik Saidah
Group Ukhwah datang dengan sumbangan yang menarik, mereka memberi Jam tangan bermacam warna. Dapat saya lihat keseronokan wajah anak TR apabila dapat dan pakai Jam tangan baru mereka.
Kesemua Anak TR termasuk Warden dijamu KFC pada petang itu.
Bihun juga disediakan selain KFC 

Ucapan Group Ukhwah adalah dari Novelis Kusyi Hirdan, ucapan balas TR di beri oleh Wan Zurina(Makwan)


Pada kali ini TR lakonkan Pantomime kepada Group Ukhwah. Kunjungan yang lepas mereka diberi kad didalamnya terdapat pantun dan ucapan. Kali ini berbeza, Warden Huda Idris menjadi pengendali pentomime.




Monday, December 19, 2011

Akhirnya... At last...

Akhirnya setelah sekian lama menunggu Perpustakaan Kanak-Kanak TR
untuk siap dan melalui pembukaan rasmi, semalam semua itu sudah tercapai...












Lebih kurang 30-40 orang kakitangan ICI Paints dan Pertubuhan Jur ukur DiRaja Malaysia datang ke Teratak Rahmat bagi menyaksikan acara Pembukaan Perpustakaan Kanak-kanak Teratak Rahmat.
Sebaik turun dari bas mereka dia bawa kehadapan bangunan Islah bagi menyaksikan Tarian Seni Silat.
Mereka sedang diperlihatkan Silat Seni oleh saudara Zulfakar


Zulfakar membuka tari





Tetamu masuk dan bersalaman dengan Anak-anak TR

Tetamu masuk dan bersalaman dengan Anak-anak TR





































Dr Hazman sedang beri ucapan


Upacara Bermula dengan tetamu hadir di perlihatkan Seni Silat. Selepas itu mereka masuk ke dalam bangunan dan bersalaman dengan Anak-anak TR. Pengerusi majlis adalah cikgu Imran dan yang memberi ucapan adalah wakil dari Persatuan Juruukur dan Unit Pendidikan TR Dr.Hazman Hassan. Selesai ucapan acara tarik tirai dan penyampaian pidato oleh adik Zulaikha dilangsungkan di Perpustakaan.

















Acara menarik adalah selepas tetamu ziarah tempat tidur anak TR iaitu Asrama di tingkat 1 bangunan Al-islah dan makan jamuan ringan.
Acara yang dimaksudkan saya adalah acara yang membuat semua orang takut untuk lihatnya. Acara yang di sangka 100% batiniah ataupun Spiritual dan bukan pada Fizikal. Para pembaca perlu tahu, bahwa yang ditunjuk oleh ahli Silat adalah 100% fizikal dan 100% Sains. Tidak ada apa-apa bacaan tertentu melainkan Bismillah... Cuma perlu latihan yang cukup dan keyakinan pada Allah. Antara yang diapaparkan adalah :

  1. Silat Seni (Tari, Tempur)
  2. Menjilat Bara Api yang Panas, dan ditunjukkan kepanasannya oleh sehelai tisu.
  3. Memakan kaca dari mentol Lampu
  4. Memotong timun atas badan manusia
  5. Memukul Bata atas Badan Manusia
Kesemua tetamu tonton dengan kerisauan tetapi selepas semuanya habis mereka berasa lega dan kami menjamin kepada mereka yang kesemua ini adalah pada latihan yang cukup.

Dua cilik menunjukkan aksi silat seni tempur

Zulfakar dan adiknya Zulisman selesai beraksi silat seni Tempur

Zulfakar dan Syamir bersedia jilat rantai besi panas

Syamir seorang pesilat lama menunjukkan aksi jilat rantai besi panas

Mentol lampu yang dijadikan hidangan pemakan kaca

Anak didik silat Pusaka 7 memakan kaca

Memotong timun semasa mata tertutup oleh cikgu Zubir






Saturday, December 17, 2011

Countdown Pembukaan Perpustakaan Kanak-kanak

Assalamualaikum...

Esok 18.12.2011 Jam 9.00 Pagi adalah hari pembukaan perpustakaan kanak-kanak Teratak Rahmat yang baru... Setelah sekian lama anak TR menunggu hari siapnya Perpustakaan mereka...

Pada hari lain sebelum hari jumaat orang dari luar juga kami di TR giat bekerja untuk hari pembukaan.
Lori yang dimuatkan dengan rak, buku dan lain lain benda perpustakaan sampai pada hari jumaat.
Saya sempat menangkap gambar Lori tersebut, wireman, juga bahan bahan yang di hantar.
Wireman dari luar agak saya sudah habis pasang lampu baru dan kipas hari ini.
Lori yang hantar barang Perpustakaan




Ustaz Hazman sedang bercakap dengan Pemandu Lori


Thursday, December 1, 2011

Perkembangan Perpustakaan Kanak-Kanak TR

Assalamualaikum wbt...


Perpustakaan Kanak-Kanak sudah pun mula di bina...
Pandangan tepi
Pintu dan Tingkap
Bahagian luar dinding













Buat masa sekarang dinding, tingkap dan pintu kayu sudah dibangunkan.
Pada pendapat saya ia sudah 55% siap
Waktu ia dibina amat elok kerana kesemua Anak Yatim Miskin TR telah pun pulang ke rumah masing masing.
Bayangkan apabila mereka pulang ke Teratak Rahmat tahun depan,
Perpustakaan itu akan jadi satu kejutan bagi mereka.
Senyuman akan terukir, keterujaan dirasa dalam kalbu,
itu semua kerana sebuah Perpustakaan Kanak Kanak yang baru siap di bina.


Seorang kanak-kanak sedang melihat Perpustakaan
barangkali terfikir tentang buku-buku yang bakal dia baca...




Saturday, November 12, 2011

Jamuan Kesyukuran Bekas Pelajar Sekolah Menengah Syed Hassan


Teratak Rahmat baru sudah terima daging korban untuk tahun ini dan AlhamduLillah rekod tahun lepas di pecah tahun ini dengan 10 ekor lembu di sedekahkan ke Teratak Rahmat, untuk pengetahuan tahun lepas TR dapat 6 ekor. Kami di TR tetap bersyukur walaupun di takdirkan dapat kurang ataupun banyak. Selepas dua hari Warden TR dan Anak Rahmat Senior bertungkus lumus memotong daging, Bekas-bekas pelajar SM Syed Hassan datang dan anjurkan jamuan kesyukuran untuk Anak Yatim Teratak Rahmat.
 














Anak Yatim Hembusan Kasih makan bersama Anak TR
Majlis bukan sahaja untuk anak yatim dan miskin Teratak Rahmat. Sebuah lagi rumah anak yatim yang bernama Rumah Hembusan Kasih di jemput oleh bekas-bekas pelajar SM Syed Hassan.









Setiausaha Teratak Rahmat juga Yang Dipertua Al-Islah Perlis Cikgu Othman Hussin datang bagi memeriahkan lagi majlis.


Kesemua hadirin di jamu ala 'buffet' antara menu adalah Nasi putih, daging masak hitam, sup daging, ikan goreng, sambal belacan, pisang dan air. Aiskrim di beri pada permulaan majlis kepada semua orang.



Pengerusi Majlis pada hari itu adalah Dr Hazman Hassan


Sumbangan diberi untuk Teratak Rahmat dan Rumah Hembusan Kasih.
















Teratak Rahmat turut beri sesuatu berupa kad untuk wakil penganjur majlis. Adik Umairah sebagai Anak TR termuda tampil kehadapan menyampaikan kad tersebut. Gambar-gambar majlis ada di bawah.